Green The Earth | TENTH COLLEGE
» NEWS » Green The Earth

Green The Earth

 

 

Seramai 44 orang peserta telah berkumpul di anjung Kolej Sepuluh, UPM pada pukul 8.00 pagi. Selepas
itu, Pengarah Program Green The College telah memberi sepatah dua kata untuk mengalu-alukan para
peserta program. Pada masa yang sama, En. Muhammad Fitri Bin Abu Muntalib, Felo Penasihat
Sekretariat Alam Sekitar, Kolej Sepuluh telah memberi taklimat kepada para peserta. Selepas itu, para
peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Peralatan seperti penyapu, bag sampah dan parang
disediakan untuk para peserta untuk memudahkan aktiviti gotong-royong. Kumpulan pertama telah
mengutip sampah sarap di sekitar Kolej Sepuluh manakala kumpulan kedua telah menyapu sampah di
Dewan Hibiscus. Peserta yang selebihnya telah membersihkan dan menceriakan Green House di
belakang Kolej Sepuluh. Sebanyak 934 buah anak pokok telah dibersihkan dan disusun rapi di ruangan
yang disediakan. Beberapa orang peserta telah memotong semak di sekitar Green House dengan
menggunakan parang. En. Muhammad Fitri Bin Abu Muntalib telah mengetuai para peserta dalam
memberi tunjuk ajar semasa aktiviti gotong-royong dijalankan di Green House. Pada pukul 11.00 tengah
hari semua peserta berkumpul balik di anjung Kolej Sepuluh selepas selesaikan kerja di Green House.
Para peserta menjamu makanan ringan dan minuman yang disediakan. Program Green The College
berakhir pada pukul 11.30 tengah hari dengan mengambil kedatangan para peserta untuk tujuan
catatan dan merit.

Date of Input: 12/10/2017 | Updated: 12/10/2017 | ridzuanm

MEDIA SHARING

TENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEUVAe~