Program Mobiliti: Pelajar Kolej 10 UPM Teroka Thailand Melalui Program K10SKYE | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Program Mobiliti: Pelajar Kolej 10 UPM Teroka Thailand melalui Program K10SKYE

Program Mobiliti: Pelajar Kolej 10 UPM Teroka Thailand melalui Program K10SKYE

 

Pada 29 Februari hingga 13 Mac 2024, Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan program K10 Skills and Knowledge Youth Empowerment (K10 SKYE) di Thailand, khususnya di sekitar Hatyai dan Bangkok. Program ini melibatkan 14 orang pelajar Kolej Sepuluh yang mengikuti program selama dua minggu. Tujuan utama program ini adalah untuk memperluas pengetahuan pelajar melalui pertukaran ilmu dengan institusi Thailand seperti Prince Songkla University (PSU), Panyapiwat Institute of Management (PIM), serta lawatan industri dan aktiviti kesukarelawanan.

Program ini mencakup elemen pertukaran ilmu melalui pengisian akademik, perbincangan, dan kolaborasi antara pelajar Kolej Sepuluh dengan pelbagai pihak di Thailand seperti PSU, PIM, ladang Rai Sukphoang, kilang CP Meiji, dan Sornsasanasatsanu Patham School. Selain itu, program ini juga mempromosikan perkongsian budaya dan tradisi melalui aktiviti bersama-sama komuniti Muslim di Kampung Tha It dan Sulaimaniyah Hafiz Quran Centre di Bangkok.

Puan Noor Hazwani Abdul Rahim, pegawai pengiring program, menyatakan bahawa program K10 SKYE Thailand kali ini mengambil pendekatan baharu dengan memfokuskan kepada pelbagai elemen termasuk sains dan teknologi, pertanian, seni dan budaya, serta kesukarelawanan. Walaupun menghadapi cabaran seperti perjalanan dari Malaysia ke Thailand menggunakan pelbagai mode pengangkutan seperti bas, kereta api, dan kapal terbang, beliau yakin bahawa peserta akan mendapat pengalaman yang berharga.

Program tersebut menerima pelbagai penajaan daripada syarikat dan agensi termasuk Suria Catering, Syarikat Ieja, Kopetro, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), myFundaction, Yayasan FoodBank, dan Medin Perfume. Penajaan ini menyumbang kepada kelancaran dan kejayaan program K10 Skills and Knowledge Youth Empowerment (K10 SKYE) Thailand 2024 yang dianjurkan oleh Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Tarikh Input: 25/04/2024 | Kemaskini: 25/04/2024 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXFFXA2~