SEMBILAN PELAJAR KOLEJ SEPULUH TERPILIH PALAPES SIRI-41 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » SEMBILAN PELAJAR KOLEJ SEPULUH TERPILIH PALAPES SIRI-41

SEMBILAN PELAJAR KOLEJ SEPULUH TERPILIH PALAPES SIRI-41

SERDANG, 6 Okt- Temuduga Pemilihan Akhir Pegawai Kadet ambilan ke-41 yang dilaksanakan seramai 78 orang dan 7 orang pegawai serta pegawai-pegawai kadet lain telah berlangsung di Pusat Latihan Pegawai Simpanan(PALAPES)yang terletak di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Universiti Putra Malaysia (UPM).Semua kadet yang terlibat  dengan temuduga akhir telah persiapkan diri dan berada didalam keadaan yang kemas semasa temuduga dilaksanakan.Pemilihan ini telah dipengerusikan oleh Mejar Muhammad Fadzil Repin@Rebin,Timbalan Komandan PALAPES UPM.

 

Seramai 7 orang pegawai tertinggi daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menemuduga seramai 78 orang bakal pegawai kadet termasuk 10 orang kadet daripada Kolej Sepuluh telah menjalani temuduga tersebut .Seramai 76 orang kadet telah berjaya dipilih untuk menyertai PALAPES Darat UPM.Terdapat 9 orang daripada 76 orang kadet yang terpilih tersebut ialah pelajar daripada Kolej Sepuluh.Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah terpilih untuk menyertai kadet PALAPES UPM.

 

Berita Oleh: Muhammad Sollehin Kamaruddin  

Gambar: Instagram, ROTU UPM 

Tarikh Input: 06/10/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXFFUAw~